Friday, 7 July 2017

sayonara Beijing & hakikat kehidupan di Malaysia

  Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi, tanggal 29 jun 2017, aku berjaya menamatkan 5 tahun tempoh pengajianku di Beijing.



long story shorts, i thinkh past 5 years have change me alot,, like really alot. im going from edgy  teenager to grown up man(really?) haha. but deep in my heart i thinks there alot of things yet need to change, 

  i can see myself easily influenced by unnecessary shit.  i dunno man, i keep fights my weakness , but it getting harder everytime but that doesnt mean im givin up. i start challenging myself by cutting sugar out my diet, it really hard but its work,, i become more discipline than before.

i already add some new no-challenge, ill update latter ok, translate thesis dluu

Wednesday, 5 October 2016

ride to great wall, total distance 120km, my longest ride!


konvoi bergerak dalam pukul 7.00 pagi dari beiwai
 pomen kita




berenti makan dlu
untuk id wechat beliau sila pm

setelah 5 jam mengayuh fuhh,, sampai gak
duku dalam 15 celcius campur hujan so camni la jadinyer



barai bini kita huhu













Sunday, 4 September 2016

my fujifilm x100t

recently, i just brought fuji x100t from xianyu 闲鱼,website 2nd hand trbesar china, di bawah kelolaan Alibaba. Retail price untuk model ni di china dalam 6700 - 7000 tapi sebab beli 2nd dapat la 5100 RMB. Jom usya gambar yang di snap terus dari camera dngn pelbagai setting  (im still learning how to using manual setting lol)

















Tuesday, 26 July 2016

xinjiang 2 week journey full report

catatan lengkap perjalana beijing-xinjiang daripada saudara Akmal H20





Hari 1 (4 July)
Seawal 9 pagi,kami berlima telah bersiap siap bg menyediakan juadah berbuka puasa dan sahur keesokannya,kerana perjalanan
ke Xinjiang mengambil masa lebih kurang 40 jam utk sampai di kota utamanya iaitu Urumqi,hanya berbekalkan dengan nasi
kosong,nugget goreng,telur dadar kami memulakan perjalanan menuju ke stesen keretapi (北䔋站)perjalanan menaiki teksi
mengambil masa 40 minit.Setelah sampai ke sana,kami pun terus pergi mendapatkan tiket kereta api,setelah itu terpaksa
menunggu selama 2 jam,kerana kereta api dijadualkan untuk bergerak pada jam 3.15 petang dan akan dijadual sampai pada 6
july (pagi raya) di Urumqi.Suasana ketika berada di stesen kereta api amat merimaskan dengan ribuan manusia ke hulu ke hilir
sambil mengheret,mengangkat barang masing2,mungkin mahu pulang beraya agaknya.Kadang2 terfikir dalam hati kecil ini,sayu
juga nak beraya di bumi orang sedangkan ada peluang untuk beli tiket,balik beraya di Malaysia,tapi kalau ditangguh peluang
sebegini,takut2 sampai bila pun tak sampai.Suasana dalam kereta api amat membosankan,jadi terpaksa bekalkan diri dengan
bahan bacaan,movie apa2 lagi yang mampu menghiburkan diri sendiri.Situasi ada orang ingin menukar bilik tempat tidur,adalah
satu perkara biasa di dalam kereta api,nak diingatkan sesiapa yang dapat katil bawah atau 䂋卧,anda lah yang paling beruntung
dan bayaran anda mahal sikit berbanding dengan yang lain,sebab katil anda luas,tak perlu panjat2 ke atas ke bawah.Jadi elakkan
bertukar dengan orang lain yang bukan katil bawah.Ini mungkin merugikan anda.Setelah tiba waktu Maghrib kami bersama-sama
berbuka puasa di kerusi di tepi laluan koridor.Masing2 menunaikan solat di katil masing2 walaupun agak sempit.Sempat juga
berbicara dengan seorang pakcik Cina ini,dia kata dia cukup gembira kalau tengok orang luar negara di sekelilingnya.


Hari 2 (5 July )
Masih lagi dengan skrip yang sama,masih lagi berbaki separuh perjalanan untuk menjejakkan kaki ke bumi Xinjiang,yang lebih
digelar Wilayah Autonomi Xinjiang,yang bermaksud kawasan yang mempunyai pemerintahan sendiri,kerana kepadatan penduduk
bukan orang 斉族 ataupun bukan orang Cina Kaum Han,banyak lagi wilayah autonomi misalnya di Tibet,anda boleh google kalau
berminat.Disaat saya menulis catatan ini kami telah berada di wilayah Gansu.Berbekalkan flashlight telefon mudah alih
masing2,kami sama2 bersahur,dan menunaikan solat subuh di tempat masing2,dan kemudian kembali untuk tidur semula,untuk
merehatkan badan yang keletihan,bangun dari tidur terus menjalankan rutin seperti biasa,basuh muka,berus gigi dan macam2
lagi.Sempat juga berbicara dengan beberapa orang.Pertamanya,dengan seorang uncle Cina yang ramah,banyak saling bertanya
mengenai hidup masing2.Seterusnya,dengan seorang pelajar berbangsa Turkmenistan,yang turut sama ingin ke Xinjiang bagi
menjalankan praktikal di sana.Tempoh lebih kurang sejam berbicara dengannya dalam bahasa rojak,kekadang
Mandarin,kekadang English cukup memberi ilmu yang baru buat diri yang kerdil ini,ada satu cerita yang cukup menarik yang
diceritakan beliau,kira kira 800 tahun
dahulu Bangsa Turkmenistan telah ramai yang dibunuh oleh puak Mongol yang cukup kuat masa itu,jadi bertebaranlah mereka
bagi menyelamatkan diri,bermacam macam arah dituju,dan sekelompok melarikan diri ke China,yang menyedihkan anak2 dan
isteri mereka banyak yang mati dalam perjalanan itu akibat kelaparan dan ribut pasir,bersama sama mereka ada seekor unta
putih yang mana menjadi petunjuk arah mereka.Di atas unta itu diletakkan Al Quran lama,menurut lelaki itu sampai sekarang Al
Quran itu masih dijaga dengan rapi oleh mereka di sana.Bila unta itu berhenti di satu tempat disitulah mereka membina
perkampungan,dan masih wujud hingga sekarang di tempat berdekatan Himalaya.Dia pernah melawat tempat itu,hasil dana
pejabat kedutaan Turkmenistan.Mungkin perlukan kajian lagi mengenai perkara ini.Banyak lagi benda yang dikongsi namun
cukuplah satu cerita utk lembaran warkah yang ringkas ini.Sempat bertemu seorang rakan AMSIB (Association of Malaysia
Student in Beijing) yang akan turut menjalankan praktikal di sana.Masih berbaki lbih kurang 15 jam sebelum tiba ke Urumqi,di luar
buat masa ini kebanyakan berbatu batu dan adakalanya terlihat banyak tanaman yang ditanam di kawasan laluan kereta api
ini.Waktu berbuka pada kali terakhir buat tahun ini,tepat jam 9 malam,juadah berbuka hanya snek2 ringan ditambah maggi bagi
menghilangkan kelaparan yang terasa,esok InsyaAllah akan tiba di Xinjiang pada jam 6.30 pagi,harap semuanya lancar.Amin

Hari 3 (6 July)
Bangun pagi kali ini berbeza dengan hari-hari sebelumnya kerana hari ini Umat Islam di kebanyakan negara telah menyambut
Aidilfitri termasuk juga di China.Kereta api dijangka tiba pada jam 6.30 pagi di Stesen Keretapi Urumuqi Selatan
(䄌؆æœ¤Ø‰å—ç«™)ï…Œpukul 4.30 pagi,mata ini terbuka secara automatik,selesai membasuh muka dan wuduk untuk solat subuh
nanti,saat mata terbuka kereta api telah pun sampai di stesen Turpan (吐؆ç•“),stesen sebelum kami tiba di
Urumqi,pemandangan di luar pada masa ini amat kabur kerana masih lagi belum lagi tiba masa untuk matahari diizinkan keluar
untuk menyinari bumi ciptaan Allah.Suasana dalam kereta api juga masih sunyi kerana kebanyakan penumpang masih lagi dibuai
kayangan indah masing2.Setelah solat subuh,kami pun bersiap siap mengemas barang untuk turun.Tepat jam 7.05 pagi,barulah
kereta api tiba di stesen kereta api Urumqi Selatan.Suasana amat sibuk kerana ribuan orang yang keluar dari gerabak
masing2.Berharap pemandangan indah yang bakal menjadi tatapan setelah kami menjejakkan kaki di luar stesen,tetapi tiba2 ia
tidak seperti yang kami harapkan.Di luar di beberapa sudut,kehadiran kami dijemput abang2 askar yang berpakaian lengkap
dengan senjata di tangan masing2.Mungkin untuk keselamatan agaknya.Setelah mencari teksi kami pun menuju ke hotel yang
telah kami tempah.Namun apakan daya,hotel itu tidak membenarkan orang luar negara untuk menetap di hotel mereka.Pencarian
hotel masih diteruskan,tetapi untuk kali kedua masih lagi mengecewakan akibat ’rules’ yang sama.Seperti yang difahamkan,orang
luar negara cuma boleh menetap di hotel 3 bintang dan ke atas.Akhirnya,kami memperoleh juga penginapan,di sebuah hotel
(ä¿“æ£fi商务؅’å”—) atau Linsen dalam abjad biasa.Keadaan hotel semuanya baik.138 yuan semalam bagi bilik 2 org dan 240 yuan
untuk 3 org.Wifi dan aircond semua disediakan.Jam 9.30 pagi kami bergerak ke å⁄§å…fl悅真åfl” (Masjid Dawan),utk solat
raya.Setiba disana kami dimaklumkan bahawa solat raya sebenarnya bermula jam 7.30 pagi dan tamat jam 8.00 pagi.Seperti
yang diceritakan seorang jemaah masjid ini,kehadiran jemaah sebanyak 4 ribu ketika solat hari raya sebentar tadi,dan untuk solat
Jumaat lebih kurang 2 ribu atau 3 ribu orang.Selesai mengambil gambar kenangan,kami pun pulang ke hotel untuk berehat, bagi
meneruskan perjalanan petang ini ke 產喖 (Hong Shan).Tepat jam 2.30 kami bersama-sama bertolak ke 產喖 (Hong
Shan).Sepanjang perjalanan kita dapat melihat satu dua buah masjid di sepanjang perjalanan.Setiba di sana,pemandangan di
sana amatlah menarik kerana dapat melihat bermacam jenis bunga bungaan serta taman permainan kanak,ia lebih kurang taman
rekreasi yang sesuai untuk seisi keluarga,setelah itu kami memasuki sebuah pagoda,kerana dari atas sana kita dapat melihat
pemandangan dari atas bangunan-bangunan di sekeliling tempat ini,sebelum itu ingin saya khabarkan,taman ini adalah percuma
untuk kita lawati,cuma kalau masuk pagoda dikehendaki membayar setiap orang 10 yuan.Seterusnya,kami terus menuju ke
restoran berdekatan untuk menjamu selera,dan menghilangkan dahaga serta keletihan yang menguasai diri.Sebelumnya kami
merancang ingin ke Grand Bazaar (å⁄§å•·æ‰Ž)ï…Œnamun akibat cuaca yang tidak mengizinkan,kami terpaksa pulang ke hotel dan
mungkin akan meneruskan perancangan kami pada esok hari.
*kanak-kanak sini comel sangat*
#rdX
Hari 4 (7 July)
Waktu Subuh disini begitu lewat berbanding di Beijing,kira2 jam 6.00 pagi.Jangan terkejut misalnya saya katakan waktu solat di
sini amat jauh dari waktu solat di Malaysia dan di Beijing.Anggaran waktu solat disini berdasarkan Muslim Pro:
Subuh:6.00 pagi
Zohor :2.14 petang
Asar: 7.33 malam
Maghrib:9.59 malam
Isyak:12.01 pagi
Seusai solat subuh,kami terus bersiap untuk menuju ke destinasi yang seterusnya iaitu Tianchi Lake (å⁄'æ– ).Kami hanya
bersarapankan sedikit biskut sebelum bergerak ke sana.Kami menaiki teksi dari hotel ke People’s Park (䔔民克å›�).Di sana kami
telah menggunakan perkhidmatan satu ’travel agency’ bagi membawa kami ke Tianchi Lake.Namun,yang agak membimbangkan
kami adalah kerana cuaca di sini kelihatan makin mendung dan hujan renyai2 mula membasahi bumi.Walau bagaimanapun,kami
tetap memilih untuk meneruskan perjalanan seperti biasa.Perjalanan di sana mengambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit hingga
ke 2 jam.Bayaran yang dikenakan agak mahal dan lari dari bajet asal kami.Bayaran yang dikenakan adalah 50 yuan bagi
perjalanan pergi dan balik dan 215 yuan bagi pintu masuk dan lain2.Setiba disana,seperti yang kami khuatirkan,hujan makin lebat
dan kami terpaksa menyewa baju hujan dengan harga 25 yuan dan cagaran sebanyak 100 yuan bagi setiap pasang.Anda boleh
mendapatkan wang 100 yuan anda semula selepas memulangkan baju.Perjalanan di sana perlu menaiki bas yang disediakan
dan berhenti di beberapa tempat.Yang pertama kami berhenti di sebuah kawasan yang bernama Kazakhstan Village,yang di
dalamnya menunjukkan budaya serta pakaian dan ada juga makanan orang Kazakh.Seterusnya menaiki bas sekali lagi ke
Tianchi Lake.Tapi apakan daya,pemandangan yang kami harapkan tidak menjadi kenyataan,kerana kabus yang agak tebal dan
hujan yang lebat.Tempoh lawatan juga dipendekkan kepada 1 jam 30 minit sahaja.Dalam perjalanan pulang,kami juga dibawa
melawat ke satu pameran yang bagi pendapat saya agak membosankan dan tidak berbaloi dilawati.Setelah pulang ke tempat
asal sebelum kami bertolak ke Tianchi Lake,kami pergi menjamu selera di restoran KFC halal di sini.Mungkin kita tahu di Beijing
sukar untuk menikmati KFC kerana tidak halal.Tetapi di sini,makanan halal berada di mana mana sahaja.Selesai makan,kami
terus pulang ke hotel,dengan menaiki bas.Keadaan dalam bas amat sesak dengan bermacam jenis orang serta bangsa di
dalamnya.
Hari 5 (8 July)
Hari ini masuk hari ke 3 bulan Syawal,kalau di Malaysia mungkin masih banyak warganya yang bercuti dan masing2 dengan
aktiviti kekeluargaan masing2,samada pergi mengunjungi rumah saudara-mara serta rakan2 dan ada yang membawa anak2
berjalan.Seperti biasa kami di sini,masih lagi dengan misi menuju ke destinasi yang kami ingini.Jam 8.30 pagi,kami bertolak sekali
lagi ke People’s Park bagi mendapatkan perkhidmatan agensi pelancongan untuk ke Nanshan Ranch (南喖牧圔).Bayaran yang
dikenakan pada kali ini adalah sebanyak 90 yuan setiap seorang merangkumi pengangkutan,tiket masuk dan
makanan.Perjalanan kali ini mengambil masa 1 jam untuk tiba di sana.Setelah tiba di sana,pemandangan hijau menangkap
pandangan mata kami.Gunung2 serta pokok2 hijau cukup untuk menarik minat kami.Tiba di satu checkpoint,kami dibenarkan
untuk berjalan sendiri selama 1 jam.Ada juga perkhidmatan menaiki kuda,sebanyak 50 yuan dan mengambil gambar dengan
kuda sebanyak 5 yuan.Selepas itu,kami pergi menikmati makanan tengahari yang disediakan.Makanannya simple sahaja cuma
nasi goreng kosong dan tambahan 5 yuan untuk sebatang yangrouchuanr.Agenda seterusnya,kami hanya berjalan di sekitar
sini.Kalau nak melawat air terjun perlu membayar sebanyak 60 yuan.Seterusnya macam biasa lawatan ke pameran sama yang
masih membosankan.Terpaksalah kami menunggu hampir 50 minit di tempat parking.Setelah itu kami berempat meneruskan
perjalanan dengan menaiki bas awam ke Grand Bazaar (å⁄§å•·æ‰Ž).Suasana di sana amat meriah dengan lambakan orang yang
datang untuk membeli barang.Kebanyakannya adalah orang Uyghur dan ramai lagi puak minoriti di China.Lambakan orang juga
menimbulkan masalah buat kami kerana ini kali pertama kami merasakan kedatangan kami tidak dialu-alukan sebahagian orang
mereka,sehingga banyak suasana menarik tidak berjaya kami rakamkan di dalam kamera masing2.Bersyukur kerana ada juga
yang tidak kisah dengan ragam kami menangkap gambar sana sini.Setelah itu,kami membeli sedikit bekal untuk dibawa ke
Kashgar keesokan harinya.Kami kemudiannya pergi menjamu selera di sebuah restoran bagi menghilangkan rasa kelaparan dan
dahaga.Menu yang saya pilih ialah nasi goreng yang didalam dimasukkan daging kambing (手抓إ�)sukar untuk menceritakan
bagaimana sebenarnya rupa bentuk nasi ini,tetapi bagi yang pernah merasainya mungkin mengetahuinya.Selesai menjamu
selera,kami kemudiannya pulang ke hotel dengan menaiki bas.Keesokannya kami akan bertolak ke Kashgar dengan menaiki
keretapi dan perlu menempuh perjalanan selama 24 jam lagi.
Hari 6 (9 July)
Pada hari ini,kami bakal meninggalkan kota Urumqi bagi meneruskan perjalanan ke kota seterusnya iaitu Kashgar (喀什),bangun
seawal jam 8 pagi kami mula berkemas untuk bergerak ke stesen keretapi Urumqi (䄌؆æœ¤Ø‰å—ç«™ ),setelah siap
berkemas,tepat jam 10 kami memulakan perjalanan ke sana dengan menaiki teksi.Setelah hampir 1 jam 15 minit menunggu
untuk mengambil tiket di kaunter,kami pun terus bergerak ke tempat masuk.Setelah memasuki keretapi,keadaannya amat asing
bagi diri saya,kerana ini kali pertama menaiki keretapi yang di dalamnya majoriti orang Islam Uyghur.Sempat juga kami berbicara
dengan seorang pakcik,beliau merupakan bangsa Arab yang menikahi penduduk Uyghur di sini,tetapi yang menjadi masalah di
antara kami adalah kerana komunikasi.Pada mulanya saya menyangka kanak2 serta wanita di sebelah bilik kami merupakan ahli
keluarga pakcik terbabit,tetapi sebenarnya merupakan keluarga berasingan.Mungkin keakraban antara mereka yang menjadi
punca saya bersangka seperti itu.Tetapi yang menarik perhatian kami,kami begitu memuji seorang gadis berusia 16 tahun yang
begitu rajin membantu ibunya serta adik adiknya.Terbukti,mereka di sini begitu cepat matang dan memahami kesusahan
masing2.Tetapi,kebanyakan di sini memang tidak bisa berbicara bahasa Cina,dan tidak tahu membaca.Cuma segelintir sahaja
yang boleh berbicara bahasa Cina.Di dalam keretapi ini,kebanyakannya adalah beragama Muslim,jadi banyak juga kita lihat
mereka solat di katil masing2.Perjalanan masih lagi berbaki 12 jam.Semoga semuanya diberi kemudahan.
Hari 7 (10 July)
Pada tengahari ini kami dijangkakan bakal tiba di Kashgar pada jam 12.30 tengahari.Suasana di dalam keretapi amat riuh,dengan
suara kanak2 bermain.Sempat juga beberapa abang senior melayan karenah kanak-kanak tersebut.Setelah tiba di Kashgar pada
jam 2.00 petang,lewat 1 jam lebih dari jangkaan kami,kami terus mencari teksi untuk ke hotel yang sudah ditempah.Setelah
check-in ke hotel,kami meneruskan perjalanan ke Livestock Farm,disini merupakan tempat jual beli binatang ternakan.Harganya
seperti di bawah:
Kambing:lebih kurang 1000-2000 yuan
Lembu:4000 yuan++
Harga bagi seekor unta,tak dapat kami kenal pasti.Di sana juga,terdapat buah tembikai yang berharga 1 yuan bagi 1 kilogram
tembikai.Amat murah dan rasanya pun boleh tahan manis.Selepas itu kami terus ke Grand Bazaar di sini,banyak barangan yang
dijual l,tidak kira aksesori perempuan,lelaki dan banyak barangan lain.Boleh tawar-menawar kalau anda bernasib baik.Tetapi dari
sudut pandangan saya,kebanyakan warga di sini tidak mampu berbahasa Cina.Setelah itu kami meneruskan perjalanan ke
Masjid Id Kah,yang terletak berhampiran kawasan hotel kami.Kami cuma sempat mengambil beberapa keping gambar di
bahagian luar masjid.Masjid di sini kebanyakan tidak seperti di Beijing yang berbentuk lebih kepada budaya Cina,tetapi di sini
lebih kepada budaya Arab.Selesai mengambil gambar kenang-kenangan,sebahagian kami sempat berjalan-jalan di bazar kecil
sekitar kawasan hotel kami,bagi mengambil beberapa gambar buat simpanan masing2.

Hari 8 (11 July)
Pejam celik dah masuk hari ke-8,kami berada di Wilayah Xinjiang.Semalam kami telah tiba di kota Kashgar,kota yang
diumpamakan sebagai 真�的新疆 ataupun Xinjiang yang sebenar.Kepadatan penduduk kota ini lebih kepada kaum minoriti di
Cina misalnya Uyghur,Huizu dan lain2 lagi.Pada hari ini,tujuan utama kami adalah ingin melawat Karakul Lake.Digambarkan
melalui koleksi2 foto di Internet,Karakul Lake ataupun Tasik Karakul ini mempunyai pemandangan yang amat indah dan menarik
buat sesiapa yang meminati seni fotografi.Seawal jam 8 pagi kami telah bergerak dari hotel penginapan kami menaiki van yang
telah disediakan pihak agen pelancongan kami.Perjalanan ke sana mengambil masa yang agak panjang iaitu lebih kurang 5 jam
untuk tiba di sana.Semasa tiba di stesen minyak,kami semua diminta turun dan hanya pemandu sahaja yang dibenarkan untuk
memasuki kawasan stesen minyak.Perkara yang pelik tapi benar2 berlaku di sini.Menurut pemandu pelancong kami,seluruh
Wilayah Xinjiang menggunakan "rules" yang sama di setiap stesen minyak di dalam ’jajahan’ Wilayah Xinjiang.Tujuan
keselamatan katanya.Apa-apa pun,perjalanan 5 jam ke sana bukan perjalanan yang mudah,kami perlu menempuhi jalan yang
berliku,berbatu serta berpasir.Tiba di sana,kami memulakan lawatan kami di Hongshan (bukit berwarna merah) di sini dan di
Bulunkou River.Tiada apa yang menarik untuk diceritakan di Hongshan,namun di Bulunkou River ia amat menarik perhatian
kami,dengan air yang berwarna biru,dan dikelilingi gunung2 yang diliputi salji di atasnya,sukar untuk diterjemahkan dalam
lembaran ini,namun mudah difahami melalui pandangan mata sendiri.Malangnya lawatan ini hanya singkat iaitu kira2 15 minit
sahaja.20 minit lebih perjalanan dari Bulunkou River kami pun tiba di destinasi utama kami.Setiba di sana,pemandangannya amat
indah,dengan air yang jernih hingga dapat dilihat dasarnya,dan pantulan gunungan salji dari atas air amat menarik perhatian
setiap warga yang datang.Di sana juga terdapat unta dan kuda untuk mereka yang ingin merasai pengalaman menunggang
binatang terbabit di sini.30 minit waktu lawatan telah pun tamat dan kami semua bergerak pulang dari kawasan itu ke hotel kami
tepat jam 3.30 dan tiba di hotel lebih kurang 8.15 malam.
#Pakej travel agensi yang membawa kami ke Bulunkou River dan beberapa lagi tempat.Bayaran sebanyak 240 yuan
seorang.Hotel yang kami duduki ialah æ–‰å”�åfi¾Øƒ†(Hanting) Hotel.
#rdX

Hari 9 (12 July)
Hari ini merupakan hari terakhir di kota Kashgar,selepas ini kami semua akan menuju ke destinasi terakhir iaitu Turpan.Tidak
banyak sejarah yang saya tahu mengenai kota Turpan namun apa yang mampu diri ini singkatkan ia mungkin bakal menjadi
percutian yang menarik buat para pelancong.Hari ini kami memulakan perjalanan ke Abakh Khoja Tomb,tempat ini merupakan
satu tempat bersejarah bagi penyebaran agama Islam di sini,di sini terletaknya makam para sufi yang menyebarkan fahaman
Islam di sini.Banyak lagi perkara yang saya tidak saya ketahui,mungkin kekurangan dari segi "research".Mohon maaf atas
kekurangan maklumat buat tontonan para sahabat.Apa yang mampu saya singkapkan,seni bina di sini kebanyakan
melambangkan budaya Arab serta Parsi.Binaan klasikal ini mampu menarik minat para pelancong.Kelihatan juga beberapa
pelancong asing,"mat saleh" agaknya,yang datang ke sini.3 binaan yang sempat saya lihat adalah:
1)Binaan kubah yang di dalamnya terletak makam-makam keluarga sufi terbabit.
2)Binaan masjid lama yang digunakan buat solat Jumaat dan lain2 perayaan
3)Tempat yang ibarat bilik kuliah,untuk penduduk ketika itu menuntut ilmu.
Seterusnya kami bergerak ke Kashgar Old City,di sini terletaknya kota lama Kashgar.Binaannya saling tak tumpah ala-ala binaan
Arab dalam cerita kartun bersiri Aladdin.Anak-anak mereka bermain di luar,mengindahkan suasana kawasan ini.Seterusnya,saya
mengambil keputusan untuk pulang ke hotel,manakala abang2 senior yang lain bergerak semula ke Masjid Id Kah,menurut
penceritaan saudara Aiman,yuran kemasukan adalah percuma bagi orang Islam,manakala bagi bukan Islam bayaran dikenakan
ialah sebanyak 45 yuan.Tetapi,yang menariknya ketika hendak memasuki masjid seorang daripada mereka dikehendaki
mengucap selepas dia melihat salah satu dokumen pengenalan kami.Selesai mengucap barulah mereka dibenarkan masuk
secara percuma.Bergerak ke kota Turpan sebagai destinasi terakhir,bagaimana penyudahnya?,semoga segalanya
dipermudahkan.

Hari 10 ( 13 July)
Masa bergerak mengikut hukum yang ditetapkan,tidak lambat sesaat tidak pula cepat sesaat.Perjalanan 16 jam ke Turpan makin
menghampiri ke penghujungnya.Masing-masing mengalami masa sukar masing-masing akibat masalah kesihatan di penghujung
kembara ini.Namun,apa-apa pun semuanya akan berjalan seperti yang dirancang.Lebih kurang jam 1,keretapi tiba di stesen
Keretapi Turpan.Seterusnya kami mengambil teksi dari stesen keretapi menuju ke hotel yang telah kami tempah.Perjalanan yang
disangkakan menarik dan singkat berubah 100% daripada apa yang saya sangkakan.Di sepanjang perjalanan menuju ke tengah
bandar,di tepi-tepi jalan tidak mempunyai apa-apa pun yang bisa menarik perhatian saya,cuma kawasan tanah kosong dan
tandus yang menjemput kehadiran kami.Jarak antara stesen keretapi ke tengah bandar amat jauh,lebih daripada 30 kilometer.Di
tengah perjalanan menuju ke destinasi,sekali lagi kami terpaksa mematuhi "rules" di sini,iaitu tidak dibenarkan memasuki
kawasan stesen minyak.Suhu yang agak panas di sini,dan satu jenaka yang mengatakan "telur ayam pun boleh direbus di tengah
panas terik begini",entah betul ke tidak,yang penting suhunya lebih panas berbanding di Malaysia.Buat pertama kalinya
tersangkut di "roadblock" di sini,dipaksa keluar dari kereta,beratur ibarat pendatang asing di dalam ramainya manusia untuk
membuat pengesahan dokumen diri kami.Setelah selesai segala urusan,kami pun bergerak menuju ke hotel yang kami bakal
duduki.Hari ini berehat sahaja..Łfl¥ä…‘æfl䔆!ª€‚
#rdX
Hari 11 (14 July)
Hari yang terakhir bagi kami di kota Turpan sebelum keesokan harinya kami akan pulang ke Beijing.Perjalanan pulang yang bakal
memakan masa selama 37 jam sebelum tiba di Beijing.Hari ini dua tempat pilihan kami ialah Karez System (坎儿䔕) dan Emin
Minaret (Ł‹å…‹å¡”).Tempat yang sebenarnya bukanlah spesial bagi masyarakat di sini.Kebanyakan mencadangkan kami untuk pergi
ke Flaming Mountain(火焰喖),Kota Lama Jiaohe (ä”⁄憇å⁄城) dan lain2 lagi.Namun akibat jarak yang jauh dari hotel,kami lebih
memilih sesuatu yang dekat dan santai.Setiba di Karez System,kami menjangkakan sesuatu yang menarik dapat kami
rakamkan,namun tak semuanya berjaya menarik perhatian kami.Namun,banyak jugak ilmu yang dapat kami perolehi di tengah
panas terik tanah Turpan ini.Karez System atau karez dalam bahasa Uyghur bermaksud telaga.Sistem ini amatlah penting dalam
pembangunan kota Turpan sebagai persinggahan kerana di sini merupakan salah satu laluan Sutera.Melalui sumber air ini
juga,Turpan memperoleh manfaat.Banyak lagi yang masih kabur pada pandangan saya mengenai sistem ini.Bolehlah melayari
wikipedia atau page2 lain yang menerangkan secara terperinci mengenai sistem ini.Seterusnya,kami bergerak ke Emin Minaret
iaitu merupakan sebuah masjid dengan senibina yang unik.Malangnya,hanya solat Jumaat sahaja yang digunakan untuk
solat,pada waktu2 lain ia lebih kepada tempat lawatan pengunjung.Sebelum bercerita lebih lanjut,kebanyakan tempat2 di sini
tidak menerima penggunaan kad pelajar asing untuk mendapatkan diskaun.Sejarah masjid ini adalah:
-Emin Minaret atau nama lainnya Emin Ta ("Ta"-menara dalam Mandarin)
-Minaret adalah menara
-Merupakan minaret paling tinggi di China
-Mula dibina pada 1977 dan siap satu tahun kemudian
-Pada mulanya kawasan ini ditadbir oleh orang Mongol sebelum dinasti Qing berjaya menewaskan tentera Mongol.
-Orang Uyghur yang diketuai Emin Khoja berpihak kepada Dinasti Qing.
-Emin Minaret dinamakan daripada nama Emin Khoja.
-Selepas penaklukan,mereka berkuasa di wilayah itu dengan ajaran Islam.
Senibinanya juga agak unik.dibina dengan kayu dan bata sahaja.Menaranya menggabungkan unsur Islam dan Cina.Ruang
dalamnya agak kecil,tidak terlalu besar.Perjalanan selama lebih kurang 10 hari kami di wilayah Xinjiang ini,kami tamatkan di kota
Turpan.Moga perjalanan pulang esok hari dimudahkan segalanya.
#rdX
Hari Terakhir
Setelah "mereput" di dalam keretapi selama hampir 2 hari,pada hari ini,tepat jam 9 kami telah tiba di kota Beijing,kota dimana
kami ditakdirkan menuntut ilmu untuk beberapa tahun ke hadapan lagi.Tiada apa lagi untuk kami singkapkan,hanya pengalaman
yang mampu dicatit sebagai hikayat indah dalam hidup.Selepas ini,masing2 akan mengikut plan masing2,ada yang bakal pulang
ke Malaysia,ada yang masih "usha" tiket balik,dan ada yang akan menjadi warden tak berbayar untuk sebulan lebih yang
berbaki.Buat rakan2 di Malaysia gunakan masa produktif bersama keluarga,sebelum datang semula ke Beijing untuk meneruskan
perjuangan sebagai pejuang ilmu.Semoga semuanya dipermudahkan.
Terima kasih buat geng2 rdX....